Popular Posts

Thursday, May 30, 2013

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan dan Kelebihan makan guna tangan ...


  




                                        

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Orang Melayu makan pakai tangan bukan perkara pelik. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.  Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.  Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu.  Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan.  Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?  Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin.  Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese The Guilding Off” oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.  Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya.  Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya!

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya.  Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:  “Kenapa anda makan dengan tangan ?  Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
“Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada  tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya bukan orang lain.  Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang!

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita.  Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu.







Rasulullah SAW pernah bersabda: Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan & apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan & minum dengan tangan kiri.
Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfere iaitu kiri & kanan. Bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak & sebaliknya. Kajian sains menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti dibahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yg positif. Sifat-sifat negatif seperti menyendiri lebih aktif diotak sebelah kanan.
Makan menggunakan tangan kanan adalah sunnah Rasulullah SAW. Kelebihan menggunakan tangan kanan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila kita dilarang menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi.
Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan & zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda sering makan menggunakan tiga jari kanan & pasti akan menjilat jarinya selepas selesai menjamah makanan kerana setiap jari itu mengandungi enzim & asid yang membantu menghadam makanan.
Pengkaji saintifik juga mengesahkan jari-jari kita mempunyai asid & enzim iaitu sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan serta dapat menyembuhkan penyakit sembelit.
Apabila perut terlalu lapar & kosong, ia akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Oleh itu, kita digalakkan memulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis seperti buah tamar (kurma) kerana kandungan glukosanya yang sangat tinggi seperti yang selalu dilakukan oleh Rasulullah SAW.


No comments:

Post a Comment