Popular Posts

Tuesday, April 26, 2011

Bebuak

BEBUAK bermaksud meluap-luap.. ataupun seperti air yang berlebihan terkeluar dari tempayan. Bebuak adalah salah satu tempat yang menarik hasil ciptaan tuhan untuk tatapan manusia. Ianya terletak dalam kawasan Kampung Meritam, kira-kira  14.7 km dari simpang jalan menuju ke Tedungan, Limbang. Penduduk disini kaum Melayu Berunei Islam dan kebanyakannya petani, bekerja sendiri, bekerja di Negara Berunei Darussalam dan ada yang berkhidmat dengan kerajaan Negeri dan Persekutuan. Bebuak adalah kawasan yang unik kerana ianya mengeluarkan lumpur seperti gunung berapi dari perut bumi dan akan membentuk seperti kolah ataupun kadang-kadang meninggi seperti bukit. Lumpur yang keluar adalah sejuk dan tidak panas Kalau dirasa lumpur tersebut, anda akan merasa masin. Bebuak ini akan/boleh wujud ataupun tumbuh dimana-mana dalam kawasan tersebut dan ada juga yang sudah mati.

Mengikut faktor kesihatan yang sudah dikaji, didapati, Bebuak ataupun lumpur gunung yang boleh menyembuhkan dan meringankan  penyakit  ( dengan izin Allah S.W.T) seperti GAUT, Kencing manis, penyakit kulit, gatal, untuk kecantikan muka, memutihkan kulit  dan juga paling mujarab adalah penyakit lemah tenaga BATIN untuk lelaki dan wanita. Oleh itu, kepada sesiapa sahaja, ambillah kesempatan untuk berkunjung ke sini. Tentang tempat membersihkan diri dari lumpur ini, jangan risau sebab pihak majlis Daerah Limbang ada menyediakan tandas dan tempat mandian awam dengan harga berpatutan. Dibuka dari pagi hingga petang sahaja dan tak pergi pasti rugi. Ini merupakan antara tempat yang mesti dilawati/disinggah oleh mereka yang bertandang ke Limbang, Sarawak.

2 comments:

  1. Boleh kah tuk kecantikan muka..? mek tok ada masalah jerawat di dahi..sigek jak..tp mlr tumbuh d spot yg sama.. ;p!

    ReplyDelete
  2. memang boleh,, sudah terbukti.. bebuak tok adalah mud.. seperti black mud dari euro & state.. tapi kepadatannya lebih lembut dan tidak keras.. ia tok seperti black mud dari israel di lautan mati.. ( buka atlas ) orang berunei, korea.. dan jepun serta taiwan ada pergi ke tempat tok.. this is my wife pun kampung so .. most of the women in this village dah beluyai ataupun berendam dalam mud volcono tok sejak kecik lagik.. selain ya.. dah ada kajian dari NREB.. tentang khasiat mud tok untuk kesihatan..

    ReplyDelete