Popular Posts

Friday, May 31, 2013

GARAM DAN AMALAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W


Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut daripada menyerap racun. 

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani (askar Greek) dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka. 

Apabila dipenjarakan, mereka (penentang) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam.Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.





Amalan-amalan Sunnah Nabi S.A.W. Berkaitan Garam
 

Dari Abdullah Bin Umar:

"Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam.” 

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya : 

Dari Anas Bin Malik, Nabi S.A.W. bersabda, "Penghulu segala lauk-pauk kamu ialah garam."

Hadis riwayat Ibnu Majah : 

"Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam." 

Thursday, May 30, 2013

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan dan Kelebihan makan guna tangan ...


  




                                        

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Orang Melayu makan pakai tangan bukan perkara pelik. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.  Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.  Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu.  Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan.  Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?  Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin.  Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese The Guilding Off” oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.  Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya.  Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya!

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya.  Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:  “Kenapa anda makan dengan tangan ?  Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
“Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada  tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya bukan orang lain.  Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang!

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita.  Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu.







Rasulullah SAW pernah bersabda: Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan & apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan & minum dengan tangan kiri.
Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfere iaitu kiri & kanan. Bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak & sebaliknya. Kajian sains menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti dibahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yg positif. Sifat-sifat negatif seperti menyendiri lebih aktif diotak sebelah kanan.
Makan menggunakan tangan kanan adalah sunnah Rasulullah SAW. Kelebihan menggunakan tangan kanan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila kita dilarang menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi.
Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan & zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda sering makan menggunakan tiga jari kanan & pasti akan menjilat jarinya selepas selesai menjamah makanan kerana setiap jari itu mengandungi enzim & asid yang membantu menghadam makanan.
Pengkaji saintifik juga mengesahkan jari-jari kita mempunyai asid & enzim iaitu sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan serta dapat menyembuhkan penyakit sembelit.
Apabila perut terlalu lapar & kosong, ia akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Oleh itu, kita digalakkan memulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis seperti buah tamar (kurma) kerana kandungan glukosanya yang sangat tinggi seperti yang selalu dilakukan oleh Rasulullah SAW.


AKU DITAMPAR BAPA HANYA KERANA AKU BERTUDUNG






Ceritanya begini… Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni??? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, “”Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!” Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg… Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. “Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh….sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak….” Pangggggggggggggggg gggg….!

*jangan marah ye..hanya gurauan....

Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap. “Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh “Razali”, tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!”.

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

MENGETAHUI PERFUME ASLI ATAU TIDAK MELALUI 39 CARA DAN FAKTA MENGENAI PERFUME...






Berikut adalah 39 tips bagaimana untuk menbezakan sesuatu perfume itu original atau tiruan.:
1. Adalah dicadangkan untuk mengelakkan daripada membeli wangian yang didatangkan daripada China kerana hampir kesemuanya adalah dari sumber yang sama dan kilang di China.
2. Semak kualiti pembungkusan produk perfume sama ada tersilap ejaan ataupun ada penambahan ejaan bagi sesebuah jenama perfume tersebut. Bagi yang original tulisan pada kotak mestilah kekal dan bukan yang di cop serta tidak pudar warnanya.
3. Semak kualiti maklumat yang di terdapat pada kotak luaran tersebut. Yang original lazimnya terdapat cetakan negara pengeluar, kuantiti saiz seperti ml atau .oz, logo, cap rasmi dagangan, no. kod dan stiker lutsinar yang mengandungi data-data berwarna lutsinar atau perak manakala tulisannya berwarna keemasan atau perak.
4. Nombor kod produk yang terdapat pada kotak bungkusan mestilah sama dengan kod produk yang dilekatkan pada botol perfume tersebut manakala perfume tiruan biasanya tidak ada.
5. Pastikan keseluruhan botol perfume tidak ada kecacatan pembikinan seperti sumbing atau kemasan yang tidak rapi.
6. Periksa juga warna tulisan jenama perfume pada badan botol tersebut dari segi ketebalan printing, warna dan juga ejaannya.
7. Tudung botol perfume original biasanya rapat dan sama warna.
8. Perfume original pastinya tiada lelehan dimuncung semburan manakala yang tiruan sentiasa meleleh dan semburannya tidak rapi.
9. Semak juga stiker label dibawah botol perfume yang original biasanya memang sama seperti yang terdapat di kotak pembungkusan.
10. Pastikan terdapat label untuk di scan di botol wangian dan juga di kotak pembungkusan manakala jenama tiruan tiada ciri-ciri tersebut.
11. Semburan perfume original dapat bertahan selama 24 jam jika disembur pada kertas manakala tiruan hanya bertahan 5 jam.
12. Rasakan terdapat minyak pada kertas semburan dan bukannya air bagi yang tiruan.
13. Bau perfume original sangat authentic manakala perfume tiruan lebih kepada bau alkohol.
14. Pastikan cecair dalam botol perfume tiada kekotoran yang mana perfume tiruan terdapat kekotoran ataupun pernah diguna pakai.
15. Jika perfume didatangkan bersama kota periksa saiz, warna, jenis dan kualiti kotak bungkusannya.
16. Periksa kepala semburan perfume samada semburan itu lancar atau keluar meleleh-leleh atau tidak lancar.
17. Biasanya perfume tiruan mempunyai lebih minyak dari bahan kimia yang selamat jadi apabila semburan itu seperti ada seperti ada minyak bermakna itu adalah yang perfume tiruan.
18. Kualiti warna perfume semburan biasanya terang, cerah dan bersih serta sangat konsisten berbanding warna perfume tiruan yang sering berbaur-baur.
19. Kualiti bau yang asli biasanya sangat fresh tetapi tidak terlalu menusuk atau tengik seperti terlalu banyak kandungan yang tidak seimbang campurannya apabila menyembur di udara pada kali pertama.
20. Kotak bungkusan perfume juga warnanya tidak pudar atau ada tersalah ejaan.
21. Kualiti warna kotak dan botol perfume adalah sama yang seperti terdapat di butik-butik atau gedung-gedung terkenal.
22. Periksa label jenama di botol-botol perfume yang mana label wangian tiruan biasanya boleh tertanggal apabila dicakar dengan menggunakan kuku sahaja.
23. Kesan semburan perfume tiruan biasanya akan melunturkan struktur fabrik serta warna pakaian anda dalam jangka masa panjang. Bayangkan jika anda kerap menyemburkan perfume tiruan kepada pakaian sutera yang berharga mahal setiap hari.
24. Terdapat stiker hologram dengan perkataan ” Original Quality” pada wangian yang original biasanya terdapat pada kotak pembungkusan.
25. Sila lihat kandungan ingredients pada belakang kotak bungkusan yang mana kotak perfume tiruan ini tiada atau tersalah ejaannya ataupun kurang bilangannya berbanding yang original.
26. Terdapat tulisan atau kod yang timbul pada botol samada di bawah atau di bawah sebelah belakang botol perfume yang original.
27. Pastikan penutup botol perfume itu tidak longgar atau loose atau sukar hendak ditutup yang mana biasanya berlaku bagi perfume tiruan.
28. Bau perfume original mempunyai 3 peringkat iaitu top notes, middle notes and base notes. Manakala perfume tiruan tiada ciri-ciri tersebut.
29. Ada kajian menjumpai bahawa perfume tiruan terutama EDT adalah daripada bahan-bahan seperti air kencing, anti-freez dan bahan kimia toksid terlarang.
30. Pastikan buatan asal negara perfume tersebut biasanya yang 100% original itu ada tertera Made in USA, Made in France, Made in UK, Made in Spain dan lain-lain.
31. Ada kesan sampingan bagi perfume tiruan seperti rasa loya atau nak termuntah dan kegatalan pada kulit atau kesan kemerah-merahan kerana kandungan wangian tiada sukatan atau R&D terhadap orang ramai sebelum ianya dijual dipasaran.
32. Perfume original lebih mahal tetapi ianya dapat bertahan sehingga 15 tahun atau lebih manakala yang tiruan hanya beberapa bulan sahaja.
33. Pastikan anda atau pelanggan-pelanggan perfume faham apa maksud Aftershave, EDC, EDT, EDP, Pure Parfum dan lain-lain sebelum membeli belah.
34. Kadangkala peniaga selalu mengambil kesempatan dengan menjual perfume aftershave dan EDC terus ianya dijual dengan harga EDT, EDT dijual dengan harga EDP. Sungguh mudah pelanggan-pelanggan tertipu hanya kerana membeli tanpa mengetahui ianya katogeri yang mana.
35. Perfume yang harganya murah atau luar biasa murah berbanding yang original adalah sahih itu memang tiruan. Pastikan faktor-faktor harga, kotak bungkusan, botol dan bau sebelum terus membeli kerana dikhuatiri ianya tiruan.
36. Terpenting sekali adalah lihat buih apabila anda menggoncangkan botol perfume tersebut. Pastikan terdapat 2 jenis buih iaitu buih-buih halus yang tenggelam dan buih-buih besar dipermukaan. Buih-buih tersebut mestilah dapat bertahan selama kira-kira 10 saat dan keatas manakal wangian tiruan tiada ciri-ciri ini iaitu buihnya hanya 1 jenis iaitu buih yang besar dipermukaan yang mana hanya bertahan selama 2 – 3 saat.
37. Pastikan anda menghindari perfume samada yang reject tidak kira after shipping reject, factory reject, returning stock, knockoff, imitations, stok pasar malam, dengan kotak atau tanpa kotak atau apa-apa jua alasan kerana ramai pembekal-pembekal yang menipu dengan menjual stok-stok yang dikembalikan oleh pelanggan kerana tidak berpuas hati atau sebab-sebab yang lain dan ianya dijual secara borong dari gudang-gudang terpakai terutama dari negara-negara seperti Dubai, Thailand, Afrika, Taiwan, Hong Kong dan terutamanya China.
38. Hindari perfume dari China kerana sebab hampir semua perfume terkenal adalah dari USA atau Europe. Jadi boleh dielakkan dengan memeriksa bar code dengan mudah sekali. Biasanya barcode buatan Made in China ini adalah bemula dengan nombor awalan 690,691,692 & Made in Taiwan bermula dengan 471.
  • 00 – 09 Made in USA
  • 30 – 37 Made in France
  • 40 – 44 Made in Germany
  • 49 Made in Japan
  • 50 Made in UK
39. Perfume tiruan biasanya bentuk botolnya ada sedikit berbeza dengan botol perfume original. Cuba anda letakan botol perfume original bersebelahan dengan perfume tiruan dan apa perbezaan yang dapat anda lihat.




Fakta Mengenai Perfume









Minyak wangi adalah campuran wangian berasaskan minyak atau alkohol serta campuran aroma dan pelarut yang digunakan untuk memberi kesegaran kepada tubuh. Setiap perfume mempunyai ketahanan yang berbeza bergantung pada campuran yang terdapat di dalamnya. Label pada perfume menunjukkan kadar ketahanan bagi sesuatu perfume.



  • Eau de Cologne (EDC) - jenis campuran pekatan minyak wangi terendah sekitar 2-5% yang aromanya tahan sehingga 3 jam. Umumnya, ia sering ditemui pada produk-produk minyak wangi untuk wanita.

  • Eau de Toilette (EDT) - jenis campuran pekatan minyak wangi sekitar 4-10%, lebih sedikit jika dibandingkan dengan EDC dan aromanya tahan sekitar 3-4 jam. Minyak wangi jenis ini banyak dihasilkan untuk lelaki.

  • Eau de Parfum (EDP) - jenis campuran pekatan minyak wanginya yang banyak iaitu 10%-20%. Minyak wangi jenis ini biasanya banyak untuk wanita dan harganya agak mahal. EDP sekitar yang mempunyai kadar ketahanan sehingga 3-4 jam.

  • Cologne, Parfum Classic atau Pure Perfume - jenis campuran pekatan minyak wangi yang tinggi jika dibandingkan dengan yang lain iaitu 15%-30%. Ia mempunyai kadar ketahanan aromanya lebih dari 6 jam.




Untuk menjadikan haruman wangian perfume tahan dengan lebih lama, semburkan wangian perfume tersebut pada kulit. Kulit adalah lebih panas pada bahagian denyutan nadi yang membantu keberkesanan bauanya untuk menyerlah. Antara bahagian badan yang sesuai untuk menyemburkan haruman adalah seperti berikut:-



  • Belakang telinga

  • Di bawah leher

  • Bahagian siku

  • Pelipat lengan

  • Bahagian pergelangan tangan dan dada


# Tidak digalakkan menyembur perfume pada baju kerana ianya boleh merosakkan pakaian dan boleh meninggalkan kesan tompok pada pakaian.




Secara umumnya, perfume yang belum dibuka boleh disimpan sehingga 3 tahun. Tetapi apabila sudah dibuka, ianya boleh disimpan dalam tempoh 6-18 bulan. Perfume juga mempunyai 3 kelemahan iaitu cahaya, suhu yang tinggi dam kelembapan.


Cara terbaik untuk menyimpan perfume adalah di dalam kotak asalnya terutamanya jika ianya jarang digunakan. Apabila disimpan di luar kotak, kualiti perfume akan sedikit terjejas kerana terdedah pada cahaya. Jangan simpan di dalam bilik air. Tempat yang terbaik bagi menyimpan perfume adalah di dalam almari berlaci. Tutup botol perfume dengan ketat supaya baunya kekal.