Popular Posts

Thursday, April 28, 2011

TIBOW ~ Keunikan PESTA KAUL

Hai semua. selamat tapak.. maksudnya... selamat datang dalam bahasa Melanau Mukah.. gak / ke Pesta Kaul 2011 ... jadi kepada semua member-member dalam FB datanglah ke Mukah yang mana pesta ini sudah bermula seawal 23 April 2011 dan kemuncak adalah pada 30 April 2011.. Ini merupakan pertama kali saya ke Pesta Kaul ... keunikan adalah ...Tibow ...dan sedikit tentang tibow adalah seperti berikut :-TIBOW

Tibow-sejenis permainan tradisi masyarakat Melanau yang sangat popular. Dikenali sebagai Pisa' Tibow, permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah. Dan sebagai pemainan yang digemari ramai-waktu inilah anak-anak muda berkaul - ia sebenarnya merupakan pesta untuk mencari jodoh.
Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung kampung. Biasanya, tapak untuk permainan tersebut haruslah lembut dan tidak mempunyai batu-batu kerikil yang keras. Bahkan di sesetengah tempat, diletakkan pasir untuk mengelakkan para pemain yang jatuh hayunan daripada mendapat sebarang kecederaan parah.
Diadakan pada musim buah, lazimnya pada awal tahun, tibow dimainkan bermula pada waktu petang, hingga kadang-kadang sehingga larut malam. Pada zaman dahulu, penduduk akan bermain pada waktu bulan mengambang, kerana pada waktu inilah suasana di sekitar tapak permainan tampak terang. Dan dari segi keselamatan, ia akan memudahkan permainan tersebut.
Bermain tibow mengikut tradisi Melanau Mukah, tidaklah semudah seperti yang dilihat. Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi yang perlu diikuti untuk membolehkan si pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan peralatannya pun harus dengan tertib dan istiadatnya sendiri. Ini termasuklah dengan menyediakan bubur kacang dan penglibatan tenaga yang banyak.
Sebanyak dua tiang kayu yang masing-masingnya panjang melebihi 30 kaki diperlukan untuk pembinaan tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu sederhana sebagai tangga rak. Rotan sega dan daun muda pula digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan dan menambahkan gempar suasana.
Semasa mengangkat untuk mendirikan kedua-dua tiang itu, pantun dinyanyikan beramai-ramai: Kat kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada 'mekat' Pantun ini merupakan pemujaan kepada ipo' tibow atau dewa yang menguasai permainan tibow dan bertujuan meminta pertolongan untuk memudahkan tugas-tugas mendirikan tiang itu.
 Punca maklumat : KAUL Menyingkap Kisah di Sebalik Misteri


 

Tuesday, April 26, 2011

Bebuak

BEBUAK bermaksud meluap-luap.. ataupun seperti air yang berlebihan terkeluar dari tempayan. Bebuak adalah salah satu tempat yang menarik hasil ciptaan tuhan untuk tatapan manusia. Ianya terletak dalam kawasan Kampung Meritam, kira-kira  14.7 km dari simpang jalan menuju ke Tedungan, Limbang. Penduduk disini kaum Melayu Berunei Islam dan kebanyakannya petani, bekerja sendiri, bekerja di Negara Berunei Darussalam dan ada yang berkhidmat dengan kerajaan Negeri dan Persekutuan. Bebuak adalah kawasan yang unik kerana ianya mengeluarkan lumpur seperti gunung berapi dari perut bumi dan akan membentuk seperti kolah ataupun kadang-kadang meninggi seperti bukit. Lumpur yang keluar adalah sejuk dan tidak panas Kalau dirasa lumpur tersebut, anda akan merasa masin. Bebuak ini akan/boleh wujud ataupun tumbuh dimana-mana dalam kawasan tersebut dan ada juga yang sudah mati.

Mengikut faktor kesihatan yang sudah dikaji, didapati, Bebuak ataupun lumpur gunung yang boleh menyembuhkan dan meringankan  penyakit  ( dengan izin Allah S.W.T) seperti GAUT, Kencing manis, penyakit kulit, gatal, untuk kecantikan muka, memutihkan kulit  dan juga paling mujarab adalah penyakit lemah tenaga BATIN untuk lelaki dan wanita. Oleh itu, kepada sesiapa sahaja, ambillah kesempatan untuk berkunjung ke sini. Tentang tempat membersihkan diri dari lumpur ini, jangan risau sebab pihak majlis Daerah Limbang ada menyediakan tandas dan tempat mandian awam dengan harga berpatutan. Dibuka dari pagi hingga petang sahaja dan tak pergi pasti rugi. Ini merupakan antara tempat yang mesti dilawati/disinggah oleh mereka yang bertandang ke Limbang, Sarawak.